Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

295) NELAYAN SUNGAI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah nelayan sungai yang berdaftar di Selangor dari 2008 hingga kini mengikut tahun?

    Untuk makluman Y.B, Jabatan Perikanan Selangor baru menjalankan pendaftaran nelayan sungai awal tahun 2012 dan hasil dari situ berikut ialah senarai nelayan darat di Selangor. Nelayan terbahagi kepada 2 iaitu nelayan sambilan dan nelayan tulen. Syarat bagi nelayan tulen seperi berikut: Nelayan perlulah mengusahakan aktiviti menangkap ikan:

    • Melebihi 25 hari dalam sebulan; dan
    • Pendapatan bulanan daripada kegiatan menangkap ikan menyumbang kepada 25 peratus dan lebih dari pendapatan yang terkumpul dalam bulan tersebut; dan
    • Tidak mempunyai pekerjaan tetap yang lain.

    Dan jika tidak memenuhi syarat di atas akan dikira sebagai Nelayan Sungai Sambilan.

Lampiran

Tiada Lampiran.