Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

44) NGO-NGO DI KOTA DAMANSARA N39 YANG MENERIMA SUMBANGAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN AGENSIAGENSI,ANAK SYARIKAT (MBI DAN LAIN-LAIN)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nama penuh NGO-NGO dan alamat yang telah menerima sumbangan tersebut?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 4/2019 yang bersidang pada 15 Februari 2019 dan disahkan pada Mesyuarat MMKN Ke 5/2019 pada 20 Februari 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan pindaan agihan peruntukan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebanyak RM500,000.00 setahun kepada

    10 orang YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan agihan RM50,000.00 bagi setiap seorang.

    Mengikut rekod di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan, tiada sebarang permohonan dan penyaluran peruntukan diberikan kepada NGO yang beralamat di Kota Damansara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.