Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

117) NIKAH SINDIKET

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat di kalangan masyarakat khususnya penduduk yang berhijrah dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang beragama Islam mengamalkan nikah sindiket dan tidak mempunyai sijil nikah yang sah. Ini mengakibatkan anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membendung permasalahan ini?

    Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Islam Daerah-daerah telah
    memudahkan urusan untuk mereka yang mendakwa telah bernikah tetapi tiada
    dokumen yang boleh dijadikan bukti.Melalui siasatan di Unit Undang-undang
    Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah,siasatan akan dijuruskan kepada kesahihan
    sesuatu pernikahan.Jika pernikahan itu sah,maka permohonan bagi mendaftarkan
    pernikahan tersebut akan dilaksanakan.Proses ini memakan masa sedikit kerana
    memerlukan kepada siasatan apakah benar Imam yang didakwa menikahkan
    mereka itu Penolong Pendaftar Nikah (Jurunikah) yang dilantik oleh Jabatan Hal
    Ehwal Islam Negeri Sabah atau Sarawak.(Bagi kes Sabah dan Sarawak).
    Jika pernikahan tersebut tidak dilaksanakan oleh Penolong Pendaftar Nikah,siasatan
    akan menjurus bagaimana pernikahan tersebut dilaksanakan.Adakah ia mengikut
    rukun nikah yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak seperti nikah menggunakan
    wali yang betul atau pernikahan disaksikan oleh dua orang saksi lelaki yang Muslim
    serta kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memang tiada halangan untuk
    bernikah.Jika semua sisatan telah lengkap,maka ia akan dibawa kepada Ketua
    Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ Negeri bagi mendapat pandangan dan arahan
    samaada pernikahan tersebut boleh didaftarkan atau tindakan lain yang perlu diambil
    kerana pernikahan yang tidak mengikut prosedur Jabatan Agama Islam Negeri
    adalah berlawanan dengan enakmen yang telah diwartakan di negeri-negeri di
    Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Lampiran

Tiada Lampiran.