Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

83) NILAI KONTRAK KERJA-KERJA DALAM KAWASAN DEWAN NEGERI SERI ANDALAS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan Nilai Kontrak dan Skop Kerja yang diberikan kepada kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Klang untuk kerja-kerja pembinaan Kolam Tadahan Taman Sg Jati, Kg Jawa, Klang.

    Pembinaan kolam tadahan Taman Sungai Jati mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan terbahagi kepada mekanikal dan Kontrak sivil bernilai RM228,510.00. Skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut :

    • Melibatkan pengorekan tanah di sebahagian padang sediada
    • Melantak cerucuk bagi pemasangan 2mx1mx1m raga gabian dengan isian batu sebanyak 135
    • Membina pagar ‘chain link’ setinggi 1200mm lengkap dengan tiang sepanjang Kontrak mekanikal dan elektrikal bernilai RM385,000.00. Skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut :
    • Membekal dan memasang 2 unit “submersible” pam baru 17.73kw dengan keupayaan mengepam 280 l/saat bagi menambah keperluan pam sediada
    • Menaiktaraf sistem kawalan dan agihan elektrikal dan urusan kelulusan dengan
    • Pembinaan bumbung dan pagar ‘anti climb’ di kawasan rumah
    • Membekal dan memasang 4 unit perangkap sampah jenis ‘grating GI plate’.

Lampiran

Tiada Lampiran.