Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

246) NOTIS 7A DAN RAMPASAN TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari Jun 2018 hingga Jun 2019, berapakah jumlah pemilik tanah yang telah diberikan Notis 7A, di bawah Seksyen 128 dan 129 Kanun Tanah Negara?

    Jumlah pemilik tanah yang telah diberikan Notis 7A di bawah seksyen 128 Kanun Tanah Negara (KTN) yang telah dikeluarkan oleh PDT seluruh Negeri Selangor dari tempoh Jun 2018 sehingga Jun 2019 adalah sebanyak 70 manakala pemilik tanah yang telah diberikan Notis 7B di bawah seksyen 129 KTN dalam tempoh yang sama adalah sebanyak 24.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.