Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

130) NURSERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?

    Bilangan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) mengikut daerah yang ada di dalam
    senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor adalah seperti berikut :
    Bilangan taska institusi berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di
    Selangor ( semua daerah)
    Tahun Bilangan
    2005 32
    2006 32
    2007 35
    2008 49
    2009 ( hingga September ) 17
    Bilangan taska di rumah berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di
    Selangor ( semua daerah)
    Tahun Bilangan ( buah )
    2000 29
    2001 37
    2002 29
    2003 27

    2004 40
    2005 53
    2006 38
    2007 27
    2008 25
    2009 ( sehingga September ) 18
    BILANGAN TASKA / PUSAT JAGAAN YANG DIKENALPASTI OLEH JABATAN
    KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH
    SERAHAN NOTIS
    AMNESTY PERIOD
    (Sehingga 12 Feb
    2009)
    SERAHAN NOTIS
    UNTUK
    MENGAMBIL
    TINDAKAN
    ( April 2009 – Ogos
    2009)
    JUMLAH
    DAERAH
    Petaling Jaya 0 14 14
    Subang Jaya 12 22 34
    Shah Alam 23 47 70
    Klang 12 45 57
    Gombak 90 155 245
    Kuala Selangor 42 2 44
    Hulu Selangor 37 42 79
    Hulu Langat 66 13 79
    Kuala Langat 30 3 33
    Sepang 36 2 38
    Sabak Bernam 6 1 7
    Jumlah 354 346 700
    Bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada ditetapkan mekanisme untuk mengawal
    bilangan taska / pusat jagaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang
    perlu dipatuhi dalam mengoperasi sesebuah taska/ pusat jagaan iaitu dari segi kriteria
    yang dinyatakan di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturanperaturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.
    Walau bagaimanapun, bagi Pihak Berkuasa Tempatan ada mengguna pakai peruntukan
    yang dinyatakan di dalam Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Undang-undang
    Kecil Tempatan yang menyatakan nisbah 500 unit rumah kediaman : 1 taska / tadika
    sebagai panduan perancangan bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.