Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

33) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?

    Di antara usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam memerangi masalah denggi di Selangor adalah termasuk Daerah Klang adalah seperti berikut:-

    1. Peruntukan sebanyak RM3 juta oleh Kerajaan Negeri bagi menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi Selangor.
    1. Melaksanakan Program Selangor bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters.
    1. Memperhebatkan Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP) di tempat-tempat tumpuan awam seperti taman rekreasi, kompleks membeli belah, sekolah, pasar, stadium dan sebagainya termasuk di lokaliti sporadik.
    1. Mengadakan ceramah dan latihan kepada kontraktor pembersihan mengenai cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
    1. Mengadakan taklimat denggi kepada semua pemaju dan syarikat Pest Controller Operator (PCO) di tapak bina dan premis berisiko seperti kedai besi buruk, kedai barang lusuh, kedai menjual barang ganti terpakai.
    1. Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah perendirian dan rumah kosong supaya kawasan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kacauganggu.
    1. Mewujudkan Pasukan Kawalan Pantas bagi membersih sampah longgok yang menjadi punca pembiakan nyamuk di lokaliti wabak/ hotspot Denggi.
    2. Menjemput wakil DUN, ahli Majlis, JKKK, Pengerusi Taman, wakil JMB menghadiri Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang diadakan setiap minggu dalam membincangkan/ mengatasi masalah di kawasan Denggi masing-masing.
    3. Mengadakan Program Pendidikan Kesihatan tentang penyakit Demam Denggi di sekolah dan tadika secara berkala.
    1. Memperluaskan lagi penggunaan Repellant kepada orang awam semasa berada di kawasan wabak Denggi.
    1. Memperkukuhkan lagi pendedahan masyarakat dalam Program Kitar Semula bagi mengelakkan penduduk membuang sampah pukal di merata tempat.
    2. Mengadakan ‘pondok panas’ di tempat tumpuan awam seperti pasar malamdalam usaha menyampaikan mesej kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengambil langkah kawalan dan pencegahan Demam Denggi.
    1. Menjalankan Program Kempen Semburan Aerosol dalam aktiviti gotong royong di kawasan demam Denggi.
    1. Mengadakan pemeriksaan PTP (mopping up) bersama Ahli Majlis (Pengerusi Denggi Zon) dan rumah di lokaliti hotspot pada waktu petang/ malam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.