Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

84) NYAMUK WOLBACHIA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan hasil kajian 2 tahun lepas tentang keberkesanan nyamuk wolbachia dalam menangani denggi di Negeri Selangor?

    Hasil penyelidikan nyamuk berWolbachia oleh pihak IMR di Selangor pada 2017 menunjukkan keputusan yang positif dan memberangsangkan bagi kawalan denggi di 7 lokaliti denggi di daerah Petaling dan 2 lokaliti denggi di daerah Gombak. Kesemua lokaliti menunjukkan pengurangan kes denggi dan status lokaliti denggi di lokaliti berkenaan adalah terkawal.

     

    Fasa penyelidikan ini telah diteruskan ke fasa operasi di 8 lokaliti lain bermasalah denggi di Petaling pada 2019 dan tambahan 4 lokaliti lain pada tahun 2020. Projek ini juga diluaskan ke negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor di lokaliti terpilih.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.