Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

18) NYAMUK WOLBACHIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan penemuan pelepasan nyamuk wolbachia di Selangor dalam menangani wabak denggi.

    Nyamuk berWolbachia merupakan salah satu inovasi dalam menangani kawalan kes demam denggi. Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes aegypti. Ini seterusnya akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi. Projek kajian ini telah dimulakan di Negeri Selangor bermula Mac 2017. Sehingga kini sebanyak 17 lokaliti di Selangor telah memulakan kaedah kawalan nyamuk berWolbachia. Berdasarkan kajian Institute for Medical Research (IMR) Malaysia menunjukkan kawalan nyamuk berWolbachia mampu menurunkan 50 hingga 80 peratus kes demam denggi di lokaliti pelepasan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar kes dan kematian akibat demam denggi. Namun begitu, masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan nyamuk berWolbachia secara menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.