Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

140) OKU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah warga OKU yang telah berdaftar dengan PBT untuk perkhidmatan tempat letak kereta percuma di Selangor?

    Perkhidmatan tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU) telah lama
    disediakan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negeri Selangor.
    Malah, di bangunan komersial persendirian juga turut menyediakan perkhidmatan
    tempat letak kereta kepada warga OKU sebagai kemudahan OKU melakukan sebarang
    urusan di bangunan berkenaan.
    Pada Ogos 2009 yang lalu, Kerajaan Negeri telah melancarkan dua (2) bentuk Pelekat
    Kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai keprihatinan Kerajaan Negeri
    terhadap golongan OKU. Pelekat kenderaan ini adalah sebagai salah satu kemudahan
    OKU menggunakan kenderaan mereka dan meletak kenderaan mereka secara percuma
    di kawasan operasi PBT. Walau bagaimanapun, ianya tidak tertakluk kepada tempat
    letak kenderaan di bawah seliaan pihak swasta yang mengenakan caj bagi setiap
    tempat letak kenderaan.
    Berikut adalah jadual bilangan OKU yang telah berdaftar dengan PBT di Negeri
    Selangor bagi perkhidmatan pelekat kenderaan OKU :-
    Bil Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah OKU
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 21 orang
    2. Majlis Perbandaran Petaling 92 orang
    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 88 orang
    4. Majlis Perbandaran Subang Jaya 82 orang
    5. Majlis Perbandaran Klang 92 orang
    6. Majlis Perbandaran Selayang 17 orang
    7. Majlis Perbandaran Kajang 58 orang
    8. Majlis Perbandaran Sepang 4 orang
    9. Majlis Daerah Kuala Langat 33 orang
    10. Majlis Daerah Kuala Selangor 8 orang
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 7 orang
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 2 orang
    JUMLAH 475 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.