Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

84) ON-LINE SITE IMAGING REPORTING SYSTEM UNTUK MEMANTAU PRESTASI KONTRAKTOR PBT

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat mana On-Line Site Imaging Reporting System digunakan di PBT Selangor untuk memantau prestasi kerja kontraktor?

    Secara keseluruhannya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membangunkan sistem sendiri bagi memantau prestasi kerja kontraktor walaupun dengan menggunakan nama sistem yang berlainan.

    Sistem yang dibangunkan di PBT juga telah dicapai melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) bagi kemudahan jurutera menyediakan laporan di lapangan.

    Pelaporan ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.