Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

130) ONE STOP CENTRE CRISIS CENTER (OSCC)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah orang pernah menggunakan perkhidmatan ini sejak OSCC ditubuhkan? Sila debut mengikut hospital di Selangor. Sila sebutkan kes-kes yang diterima mengikut kategori. Apakah sistem pemantauan yang ada sekarang?

    Program ‘One Stop Crisis Center’ (OSCC) telah dilancarkan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1 pada tahun 2008. Semenjak dilancarkan ianya telah mendapat liputan yang meluas di kalangan masyarakat negeri Selangor. Melalui penerangan-penerangan yang dijalankan di setiap DUN, rakyat Selangor semakin memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai masyarakat yang prihatin.

    Ini berdasarkan jumlah laporan  dari dua (2) buah hospital yang mengambil bahagian di dalam OSCC iaitu Hospital Kajang,Hospital Selayang mengikut Jadual 1.

    JADUAL 1

    BILANGAN PERKHIDMATAN ‘ONE STOP CRISIS CENTER’

    TAHUN 2009 HINGGA MEI  2011

    BIL HOSPITAL TAHUN 2009 TAHUN 2010 TAHUN 2011 JUMLAH
    1. Hospital Kajang 207 107 96 410
    2. Hospital Selayang 241 344 159 744
            JUMLAH 1154
    1. ‘One Stop Crisis Center’ (OSCC) terletak di bawah Jabatan Kecemasan hospital kerajaan yang menyediakan kakitangan terlatih berfungsi bukan sahaja merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya tetapi juga mendapatkan rawatan fizikal dan memberi perlindungan termasuk menyediakan tempat tinggal supaya mangsa-mangsa ini tidak berasa malu atau takut.

    Jenis-jenis keganasan yang berlaku mengikut kes seperti Jadual 2.

    JADUAL 2

    BILANGAN KES PERKHIDMATAN ‘ONE STOP CRISIS CENTER’ TAHUN 2009 HINGGA MEI 2011

    BIL HOSPITAL KES ROGOL KES LIWAT PENDERAAN LAINLAIN JUMLAH
    1. HOSPITAL SELAYANG 117 21 558 16 712
    2. HOSPITAL KAJANG 218 8 265 491
            JUMLAH   1203
    1. Semenjak dilancarkan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1 pada tahun 2008, kerajaan negeri Selangor bertindak memperkasakan semula program ini di mana kempen kesedaran dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Keganasan terhadap wanita perlu ditangani oleh setiap ahli dalam komuniti untuk melahirkan masyarakat penyayang. Memandangkan kepentingannya orang ramai harus diberi kefahaman dan kesedaran kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan. Kerajaan negeri Selangor telah memainkan peranannya melalui kempen kesedaran tentang keganasan rumah tangga, memberi maklumat undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini telah dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor seperti di Pusat Khidmat ADUN Lembah Jaya – Seminar OSCC dan Isu Keganasan Rumah tangga & Perundangan Wanita.

    Di samping itu kerajaan negeri Selangor juga  memberi bantuan dan sumbangan kelengkapan penjagaan diri (toiletries) kepada hospital yang menyediakan OSCC.

Lampiran

Tiada Lampiran.