Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

19) ONE STOP CRISIS CENTRE

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik kes One Stop Crisis Center (OSCC) sejak penubuhan sehingga sekarang

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kes-kes keganasan yang sering menimpa terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, setiap tahun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50,000.00 bagi melaksanakan program-program di bawah OSCC.

    Perkhidmatan OSCC ini ditempatkan di Unit Kecemasan dan Trauma di sesebuah hospital tersebut di mana setiap kes mula diberi rawatan. Setiap kes penderaan/ rogol/ keganasan akan diberi rawatan sepenuhnya di unit ini sebelum dirujuk ke wad (untuk rawatan lanjut sekiranya perlu) atau di discaj. Dengan adanya perkhidmatan OSCC ini, ianya memberi kemudahan kepada para pesakit dan yang paling penting adalah dapat menjaga kehormatan mereka. Berikut adalah senarai hospital di Selangor yang menyediakan perkhidmatan OSCC dan jumlah kes yang dikendalikan sejak ditubuhkan :-

    Statistik Kes One Stop Crisis Centre (OSCC) Sejak Penubuhannya

    HOSPITAL TAHUN PENUBUHAN JUMLAH KES DARI TAHUN PENUBUHAN SEHINGGA JUN 2016

    (KES)

    Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang 90-an 7,540

    (dari tahun 2005 – 2015)

    Hospital Selayang 2006 2,699
    Hospital Sungai Buloh 2006 1,102

    (dari tahun 2005 – 2015)

    Hospital Serdang 2006 1,323

    (dari tahun 2005 – 2015)

    Hospital Ampang 2006 4,243
    Hospital Kajang 2003 2,120

    (dari tahun 2005 – 2015)

    Hospital Shah Alam 2016 19

    **sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

Lampiran

Tiada Lampiran.