OPERASI KUARI GERAK HARAPAN DI BATU 11, JALAN CHERAS, HULU LANGAT
26) OPERASI KUARI GERAK HARAPAN DI BATU 11, JALAN CHERAS, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah operasi kuari milik Gerak Harapan di Batu 11, Jalan Cheras, Hulu Langat akan tamat lebih awal daripada tempoh lanjutan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu sehingga Mac 2017? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
Buat masa ini, tarikh penutupan kuari Gerak Harapan di Batu 11, Cheras Daerah Hulu Langat masih kekal iaitu sebelum/pada 1 Mac 2017 memandangkan beberapa isu teknikal bagi tapak kuari baru di Mukim Hulu Langat masih belum diselesaikan sepenuhnya untuk memulakan operasi kuari. Antaranya:
- Perolehan Letter of Authorisation to Quarry (LAQ) daripada Jabatan Mineral dan Geosains
- Kelulusan permit bahan batuan (permit 4C) daripada Pejabat Tanah Hulu Langat
- Kerja-kerja overburden removal di tapak baru
- Kelulusan jajaran jalan keluar masuk daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Hulu Langat sentiasa membuat pemantauan dan memberi peringatan kepada pihak kuari agar semua kerja operasi pengkuarian perlu dihentikan pada/sebelum 1 Mac 2017 selaras dengan keputusan MMKN ke 35/2015 pada 25 November 2015. Tiada pelanjutan tempoh masa operasi yang diberikan kepada pihak kuari.
