Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

216) OPERASI KUARI HARAM DI BANDAR BARU SELAYANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul No. 13 Tahun 2010 berkenaan ÓOperasi Kuari Haram di Bandar Baru SelayangÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Pentadbir Tanah Gombak telah mengarahkan Unit Penguatkuasaan untuk menjalankan operasi pemantauan serta rondaan terhadap kawasan yang di dakwa bermula sejak penghujung tahun 2010. Hasil rondaan tersebut, 2 (buah) lori yang didapati membawa muatan batu kuari keluar dari kawasan tersebut telah ditahan dan dirampas oleh Unit Penguat kuasa, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 21 Oktober 2010 serta 2 November 2010. Kertas siasatan berkaitan penahanan lori tersebut disusuli dengan Notis 7A kepada pemilik tanah berkenaan.

    25 Mei 2011 – Pentadbir Tanah Gombak akan mengeluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) iaitu Notis Unuk Memulih Pelanggaran Syarat kepada pemilik tanah berdaftar iaitu Shah Alam Properties Sdn Bhd (SAP). Pelanggaran syarat yang dinyatakan di dalam notis tersebut adalah “ Belum mendirikan bangunan seperti yang disyaratkan di dalam syarat tersirat di atas kategori Bangunan mengikut Seksyen 116(1) KTN 1965 dan menjalan operasi kuari tanpa permit yang sah”. Di bawah peruntukan seksyen ini, pemilik tanah adalah dikehendaki mengambil tindakan cepat untuk memastikan remedi pelanggaran syarat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah Gombak. Tempoh yang diberikan adalah 14 hari. Jika notis itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah Gombak boleh mengambil tindakan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129 KTN 1965.

    13 Jun 2011 dan 4 Julai 2011 – Susulan selepas tamat tempoh Notis 7A yang tersebut di atas, Pentadbir Tanah Gombak telah mengeluarkan Notis 7B (Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1965) kepada Shah Alam Properties (SAP) iaiut Notis supaya menunjukkan sebab bagi pelanggaran syarat yang termaktub di dalam Notis 7A. Di bawah peruntukan seksyen ini, kegagalan tuan punya tanah untuk mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen yang berkaitan adalah tertanggung untuk pelucuthakan seperti yang termaktub dalam Seksyen 130 KTN 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.