OPERASI PERNIAGAAN BESI BURUK DI KAWASAN BUKAN INDUSTRI
33) OPERASI PERNIAGAAN BESI BURUK DI KAWASAN BUKAN INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula sudah lama diminta untuk berpindah ke lot industri untuk menyambung perniagaan mereka. Tetapi masih terdapat perniagaan ini masih dijalankan di kawasan perumahan, pasar dan berhampiran kedai makan. Sebagai contohnya perniagaan besi buruk Ò BOSS METALÓ di Pekan Subang berhampiran dengan Pasar Pekan Subang . Berapa bilangan kompaun dan notis mengosongkan tanah yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah sehingga kini ?
BOSE METAL : Premis ini tidak dikeluarkan lesen perniagaan oleh MBSA kerana masalah status tanah. Pejabat Tanah telah mengeluarkan notis terhadap lot premis yang menyimpan barang lusuh yang bersempadan dengan lapangan terbang Subang. Jumlah notis yang telah dikeluarkan oleh MBSA adalah sebanyak 2 (dua) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen iaitu pada 17 Mac 2005 dan 12 Jun 2006 terhadap premis yang beroperasi di lot kedai.
