Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

263) OPS LUMPUR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah OPS Lumpur mengurangkan isu-isu banjir di Negeri Selangor? Sila nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan

    OPS Lumpur berperanan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian banjir lumpur dikawasan hilir sesuatu pembangunan dengan pengawalan hakisan tanah dan seterusnya pemendapan disaluran atau sungai dibahagian hilir. OPS Lumpur dijangka telah mengurangkan kejadian banjir lumpur secara tidak langsung. Pada tahun 2016 sebanyak 52 operasi telah dijalankan dan pada tahun 2017 sebanyak 55 operasi disasarkan. Sehingga bulan Mac 2017, sebanyak 7 operasi telah dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.