Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

20) ORANG ASLI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sumbangan Kerajaan Negeri didalam program kebajikan dan pendidikan masyarakat Orang Asli?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan program dan projek kecil khusus bagi tujuan pembangunan masyarakat Orang Asli di Negeri Di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bagi anak yang dilahirkan di Selangor untuk mendapat tabungan sebanyak RM1,500.00 pada ketika umur 18 tahun. Selain TAWAS, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM1,500.00 bagi anak-anak Selangor yang ditawarkan pengajian peringkat diploma dan ijazah. Program MES ini adalah bagi seluruh rakyat di Negeri Selangor termasuk anak-anak Orang Asli di Negeri Selangor.

    Dalam hal berkaitan pendidikan, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk memperkenalkan biasiswa Sagong Tasi iaitu biasiswa khas untuk anak-anak Orang Asli Negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

    Melalui peruntukan pembangunan negeri tahun 2014 berjumlah RM400,000.00, sejumlah RM346,619.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Empat Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sembilan Belas Sahaja) telah dibelanjakan bagi membiayai program dan projek pembangunan khusus bagi masyarakat Orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.