Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

184) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang mempunyai prasarana lengkap bagi keperluan golongan OKU?

    Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menjadikan Selangor sebuah negeri yang mempunyai prasarana lengkap bagi keperluan golongan OKU adalah selaras dengan Ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2018 oleh mantan YAB Dato Menteri Besar Selangor yang mencadangkan supaya semua PBT memperuntukkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan awam yang lain seperti menambah bilangan petak kereta untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kemudahan-kemudahan lain yang mesra OKU seperti handrail, ramp dan laluan pejalan kaki khas ‘tactile’;

    Dalam masa yang sama, PBT Selangor berusaha untuk menyediakan prasarana lengkap bagi keperluan golongan OKU dengan memastikan setiap pembangunan seperti perumahan bertingkat, kemudahan awam, institusi, perniagaan dan perindustrian mematuhi Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga).

    Contohnya cadangan perumahan bertingkat perlu menyediakan kediaman Orang Kelainan Upaya (OKU) di tingkat bawah, manakala cadangan pembangunan perniagaan dan perindustrian perlu menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya dan golongan istimewa dengan mematuhi Universal Design Guidelines berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Lampiran

Tiada Lampiran.