Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

234) ORANG KELUAR ISLAM (MURTAD)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah orang murtad di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah

    Undang-undang di Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai sebarang peruntukan yang membenarkan mana-mana orang Islam untuk murtad. Walau bagaimanapun bidangkuasa yang ada hanyalah untuk mengisytiharkan seseorang bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 61(3)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Antara pengisytiharan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ialah apabila seseorang yang dilahirkan sebagai orang Islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam kerana dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.

    Permohonan pengisytiharan ini juga adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan tidak melibatkan daerah. Oleh itu, data berkaitan permohonan yang dibuat berdasarkan daerah tidak dapat dikemukakan.

    Jumlah permohonan pengisytiharan seseorang itu bukan lagi orang Islam yang telah difailkan sejak tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti  berikut :

    Statistik Kes Permohonan Pengisytiharan Seseorang Itu

    Bukan Lagi Orang Islam

     

    TAHUN KES DIDAFTAR KES SELESAI BAKI KES
    2014 37 9 28
    2015 67 14 53
    2016 67 3 64
    JUMLAH 171 26 145

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.