Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

264) ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah OKU yang berdaftar di Selangor?

    Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, ‘Orang Kurang Upaya’ termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam

    Berdasarkan rekod melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, bilangan OKU yang berdaftar sehingga 15 Mac 2016 adalah sebanyak 56,855 orang.

    Pada masa ini, OKU didaftarkan kepada tujuh kategori iaitu Pendengaran, Penglihatan, Pertuturan, Fizikal, Masalah Pembelajaran, Mental dan Pelbagai (jika lebih dari satu kategori OKU). Berikut adalah bilangan OKU yang berdaftar mengikut kategori OKU:

     

    BIL. KATEGORI OKU BILANGAN OKU BERDAFTAR
    1. FIZIKAL 21,525
    2. MASALAH PEMBELAJARAN 19,954
    3. PENDENGARAN 4,544
    4. PENGLIHATAN 4,059
    5. MENTAL 3,598
    6. PERTUTURAN 230
    7. PELBAGAI 2,945
    JUMLAH 56,855

     

     

    OKU Fizikal merupakan kategori OKU yang banyak didaftarkan manakala OKU yang masalah pembelajaran merupakan bilangan yang kedua ramai berdaftar sebagai OKU. Dari segi bilangan OKU mengikut daerah, Petaling merupakan daerah yang paling banyak mempunyai OKU berdaftar.

     

    Berikut adalah bilangan OKU yang telah berdaftar mengikut daerah:

     

    BIL. DAERAH BILANGAN OKU

    BERDAFTAR

    1. PETALING (Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Selangor)  

    15,344

    2. HULU LANGAT 10,394
    3. KLANG 10,116
    4. GOMBAK 7,212
    5. KUALA SELANGOR 3,343
    6. HULU SELANGOR 2,991
    7. KUALA LANGAT 2,997
    8. SABAK BERNAM 2,507
    9. SEPANG 1,951
    JUMLAH 56,855

     

    Jawapan (a) telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.