Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

118) OSCC

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pembentukan OSCC dapat membantu golongan wanita?

    Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau lebih dikenali dengan singkatan OSCC adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mempromosi perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat yang telah sedia ada di hospital-hospital kerajaan di negeri Selangor seperi Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kajang.

     

    Kerajaan Negeri yakin bahawa program-program promosi ke atas OSCC membolehkan rakyat di Selangor khususnya kaum wanita yang memerlukan khidmat kaunseling yang disediakan di hospital berkenaan. Kempen promosi OSCC yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri meliputi pendedahan kepada orang ramai mengenai perkara-perkara seperti berikut :

     

    • Fungsi dan peranan OSCC;
    • Peruntukan undang-undang yang memberi perlindungan kepada orang ramai termasuk wanita, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan keganasan; dan
    • Jenis-jenis keganasan fizikal dan mental.

    Kempen promosi seperti ini pastinya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai mengenai kemudahan yang sedia ada. Kesan signifikan yang wujud adalah kesedaran orang ramai tentang kewujudan perkhidmatan OSCC  semakin meningkat. Ramai orang dapat memahami fungsi serta peranan OSCC dalam memberi rawatan dan perkhidmatan yang menyeluruh kepada mangsa-mangsa keganasan yang datang ke OSCC yang  terdapat di hospital-hospital kerajaan di Selangor. Kerajaan Negeri telah dapat maklum balas yang positif terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) di mana mereka menyatakan kesudian dalam membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kempen kesedaran di seluruh Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.