P.B.T

87) P.B.T

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapakah tiada tindakan yang diambil setelah aduan dibuat melalui PBT MPAJ, JKKK kampung ampang campuran, ahli majlis M.P.A.J dan hampir semua agensi kerajaan terhadap sebuah restoran karaoke ( suara nyanyian mengganggu penduduk sekitar) Di Pandan Industrial Park yang beroperasi sehingga 4 Ð 5 pagi.

    Berkemungkinan restoran yang dimaksudkan adalah premis yang telah beroperasi tanpa lesen atas nama Restoran 988 dan beroperasi di Lot 1819, Jalan 2, Kampung Baru,  Pandan Indah Industrial Park.

    Jumlah aduan yang diterima : 1

    Tindakan penguatkuasaan yang telah diambil  :

    • 3 kompaun
    • 1 sitaan
    • Enakmen Hiburan 6(1), no siri 200400854E pada 28 Mei 2009
    • Enakmen Hiburan 6(1), no siri 200400244E pada 14 Oktober 2009
    • UUK 3(1), Undang-undang Kecil Establisymen Makanan(MPAJ) 2007, no siri kompaun 2004039693E pada 28 Julai 2011

    Tindakan sitaan alat sistem bunyi telah dibuat pada 1 November 2012 pada jam 7.45 petang. Pemantauan yang dijalankan mendapati pemilik restoran telah memberhentikan semua aktiviti karaoke.

Lampiran

Tiada Lampiran.