Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

46) PADANG AWAM DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaik pulih beberapa padang awam di Taman Ehsan Kg Desa Aman dan Bukit Rahman Putra?

    Pada tahun 2014 ini MPS tidak dapat melaksanakan kerja-kerja membaikpulih ketiga tiga padang tersebut kerana tiada peruntukan. Untuk makluman, bajet bagi kerja membaik pulih padang bola ini di kongsi bersama dengan kerja-kerja membaikpulih peralatan permainan / rekreasi dan sehingga Jun 2014 ini bajet  bagi  vote tersebut telah habis digunakan keutamaan kepada kerja-kerja membaik pulih peralatan permainan kerosakan alatan tersebut boleh mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kos membaikpulih ketiga-tiga padang tersebut akan dimohon untuk kelulusan peruntukan tahun hadapan (2015).

Lampiran

Tiada Lampiran.