Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

57) PADANG BOLA SEPAK AWAM DI DUN PAYA JARAS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaik pulih beberapa padang awam bagi tujuan pembangunan sukan bola sepak?

    MBSA memang sentiasa melaksanakan kerja-kerja membaikpulih padang bola seperti meratakan permukaan padang, membina dan membaiki pagar penghadang, tiang gol, garisan padang dan sebagainya. Manakala pembinaan padang bola bagi pembangunan sukan bola sepak yang mengikut piawaian antarabangsa akan dibina di Jalan Kebun, Seksyen 30 dengan keluasan 2.96 ekar dalam Lot PT 3253 dan di Bukit Cerakah Seksyen U15 dengan keluasan 4.09 ekar dalam lot PT 468.  Spesifikasi padang bola adalah bersaiz 105 meter panjang x 68 meter lebar termasuk pembinaan ‘subsoil drainage’, sistem pencahayaan, tempat duduk penonton, tempat letak kereta, landskap dan laluan pejalan kaki dengan anggaran kos sejumlah RM575,000.00. Pada April 2014, iklan tawaran tender bagi penggantian ini dijangka diiklankan dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Jun 2014 dan siap pada Oktober 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.