Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

261) Padang Cergas

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah spesifikasi dan kos pembinaan untuk Padang Cergas?

    Projek Padang Cergas adalah satu program di bawah Pelan Tindakan 5 Tahun Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bermula tahun 2013-2017. Semua PBT perlu memastikan identiti Projek Padang Cergas diaplikasikan dengan beberapa kemudahan taman rekreasi dengan kos pembinaan bagi setiap projek adalah minimum RM42,000.00. Elemen-elemen yang perlu disediakan adalah seperti berikut :

    1. Lampu spotlight LED – 1 unit.
    2. Gazebo – 1 unit.
    3. Kerusi batu – 5 unit.
    4. Peralatan permainan kanak-kanak – 1 set
    5. Buaian 2 buai – 1 unit
    6. Peralatan senaman gym – 4 jenis
    7. Papan tanda padang cergas – 1 unit

Lampiran

Tiada Lampiran.