Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

1) PADANG MPK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik padang MPK di Pekan Kapar menjadi padang rakyat yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur sukan dan sebagainya?

    Pada tahun ini Majlis Perbandaran Klang telah mensasarkan padang awam bersebelahan dewan Taman Seri Kerayong, Kapar untuk diberikan kemudahan sokongan menjadi padang rakyat yang lengkap.

    Kawasan lapang yang berkeluasan 3.2 ekar ini sedang dalam proses penyediaan rekabentuk, spesifikasi kerja, anggaran kos projek dan dokumen berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis.

    Berdasarkan manual garis panduan dan piawaian perancangan negeri Selangor edisi ketiga, padang ini boleh diberikan kemudahan sokongan seperti padang permainan kanak-kanak, padang bola, gelanggang, kawasan jogging, tempat rehat dan tempat letak kenderaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.