PADAT

102) PADAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang dilaksanakan dalam pemeliharaan dan promosi warisan Selangor?

    1. Program –program yang dilaksanakan oleh perbadanan Adat melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) adalah:-

     

    ·                Program-program Pemeliharaan :

     

    1. Jejak Warisan Selangor

     

    Pengenalpastian, menyelidik, mengumpul maklumat dan bahan serta melakukan kerja-kerja dokumentasi bagi kawasan-kawasan di darat dan di laut, sungai mahupun tasik yang dipercayai amat berpotensi untuk didaftarkan dalam inventori warisan, jabatan Warisan Malaysia samada sebagai Tapak Warisan, objek Warisan, Warisan kebudayaan (Ketara dan Tak Ketara), Warisan Kebangsaan, Warisan Kebudayaan Di Bawah Air, Warisan semula jadi mahupun Warisan Dunia.

     

    ii.            Pewartaan   Objek   Warisan,   tapak-tapak   Warisan   dan    Monumen Bersejarah

     

    Mengenal pasti objek-objek atau artifak-artifak bersejarah, monumen- monumen lama dan tapak tanah-tapak tanah bersejarah peringkat negeri Selangor yang berpotensi untuk diangkat sebagai warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan (645), tahun 2005 bagi tujuan pemeliharaan, pemulihan, pemuliharaan, pengekalan dan seterusnya sebagai produk pelancongan dan pembelajaran.

     

     

     

     

    iii.           Pemuliharaan dan pembangunan Tapak tanah-Tapak tanah Bersejarah dan Monumen-Monumen Lama Negeri Selangor

     

    Mengenal pasti tapak tanah-tapa ktanah bersejarah, bangunan-bangunan ataupun monumen-monumen lama yang telah diwartakan menerusi Akta Warisan Kebangsaan (645) Tahun 2005 bagi tujuan konservasi dan seterusnya dibangunkan sebagai tapak warisan untuk menggiatkan kecenderungan awam dan sokongan dalam pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan berhubung dengan warisan sejarah negeri Selangor.

     

    iv.       Program    Penyelenggaraan    Tapak-Tapak   Warisan    dan    Monumen- Monumen Bersejarah negeri Selangor

     

    Penyelenggaraan tapak-tapak Warisan dan Monumen-Monumen Bersejarah Negeri Selangor lazimnya akan diselia dan diselenggara oleh Jabatan  Warisan Malaysia. Penyelenggaraan akan menggunakan  peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disediakan oleh jabatan Warisan Malaysia menerusi permohonan yang akan dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri Selangor (PADAT) pada setiap tahun.

     

    ·                     Program-program Promosi :

     

    1. Program Jalinan Adat, Budaya dan Warisan negeri Selangor

     

    Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama Pejabat EXCO Hal Ehwal  Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor, pejabat ADUN peringkat Daerah, Pihak berkuasa Tempatan  Peringkat Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah, Jabatan Kerja  Raya  Daerah, JKK Kampung Peringkat Daerah, Persatuan Sejarah Cawangan Negeri Selangor, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Badan-Badan  Kesenian dan kebudayaan Negeri Selangor, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Persatuan Bulan SAbit Merah. Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan pemahaman dan penghayatan orang ramai khasnya di setiap daerah di negeri Selangor berhubung dengan fungsi dan peranan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor(PADAT). Antara Aktiviti yang berkaitan dengan program ini adalah Forum Perdana, Bengkel Bicara Budaya, Tekat dan Kelingkan, Persembahan Kesenian dan Warisan, pertandingan Masakan, Gubahan, Permainan Tradisional dan Puisi Tradisional, demonstrasi, pameran dan Gerai Jualan.

     

    2.         Program Konvensyen Adat Melayu dan Festival Warisan Selangor

     

    Program ini akan diadakan dalam tempoh 2-3 tahun sekali bagi tujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Adat dan Budaya Melayu serta memaparkan kepada mesyuarat dan orang ramai perihal kepelbagaian warisan yang ada di negeri Selangor menerusi penyertaan masyarakat. Matlamat akhirnya adalah untuk mengetengahkan kepelbagaian adat  dan  seni budaya Melayu serta warisan yang unik dan amat berpotensi dimartabatkan sebagai identiti negeri Selangor.

     

     

     

     

     

    3.         Program Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

     

    Dilaksanakan setiap tahun berpandukan kepada pemilihan penganjur atau “tuan rumah” yang dibuat secara penggiliran berasaskan  kepada  permohonan dari muzium-muzium peringkat negeri di Malaysia. Lazimnya, sambutan ini akan diadakan selama 5-6 hari di mana semua peserta akan “berkampung” di negeri yang menjadi penganjur atau tuan rumah dengan pelbagai acara jalinan budaya, seni, warisan dan Majlis-Majlis keilmuan bagi mengeratkan hubungan semua organisasi permuziuman peringkat Malaysia khasnya dan serantau amnya.

     

    4.         Program Perwarisan Ilmu dan Pameran

     

    Dilaksanakan setiap tahunan di Perbadanan Adat Melayu  dan  Warisan Negeri Selangor menerusi pelbagai majlis keilmuan seperti bengkel, kursus, seminar, ceramah dan pameran berasaskan kepada fungsi dan peranan perbadanan dalam aspek-aspek adat Melayu, seni budaya, sejarah dan warisan negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.