Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
141) SENARAI PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan pemutihan kilang-kilang haram yang telah diluluskan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sehingga Februari 2020.
-
Sejauh manakah sambutan oleh pemilik kilang haram terhadap program pemutihan kilang-kilang dari Kerajaan Negeri Selangor?
142) PENGELUARAN STRATA TITLE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah strata title yang telah dikeluarkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sehingga kini.
-
Sila senaraikan jumlah permohonan strata title yang belum diluluskan sehingga akhir 2019 mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor.
143) PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan tempat-tempat pelupusan sisa pepejal yang terdapat di Negeri Selangor dan kapasitinya.
-
Sejauhmana kapasiti tempat pelupusan dapat menampung pembuangan sisa pepejal tersebut?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah pembuangan sisa pepejal yang sentiasa meningkat?
144) RIZAB KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi dan perbandingan rizab Kerajaan Negeri bagi tahun 2018-2019.
-
Nyatakan anggaran baki akaun hasil disatukan pada tahun 2020 ini, adakah semakin menyusut?
145) KLUSTERISASI GUGUSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini program klusterisasi selain daripada klusterisasi atau Gugusan Aero Angkasa di Subang?
-
Nyatakan prestasi Gugusan Pelancongan Eko di kawasan Hulu Selangor bagi tahun 2019-2020.
146) PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek naiktaraf pelancongan bagi tahun 2020 di kawasan Hulu Selangor.
-
Nyatakan prestasi terkini aktiviti eko pelancongan di seluruh Selangor dan nyatakan lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi tempat pelancongan yang baru.
147) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup untuk tahun 2020?
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?
148) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah penerima bantuan kad Peduli Sihat mengikut DUN bagi tahun 2017-2019.
149) PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018-2019?
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan.
150) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kajian yang telah dilakukan oleh IDE dari 2018-2019.
-
Berapakah jumlah peruntukan atau geran tahunan yang diperuntukkan untuk operasi IDE bagi tahun 2018-2019?
-
Nyatakan jumlah kakitangan IDE.