Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
233) USAHA DALAM MERANGSANGKAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan program-program atau projek-projek yang telah dilaksanakan dalam program merangsang ekonomi bersama dengan kos-kos yang terlibat
-
Apakah kesannya setelah program perangsangan ekonomi dilancarkan?
-
Berapa kontraktor dan penduduk-penduduk bermanfaat dalam program tersebut?
234) PERBELANJAAN PAKEJ RANSANGAN EKONOMI YANG DIRANCANG OLEH NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang menetapkan sejumlah RM 50 bilion telah diluluskan dalam bulan Mac lalu. Apakah Pelan Tindakan terhadap 5 bidang yang dikenal pasti?
-
Sehingga kini, apakah jumlah yang telah diagihkan bagi tahun 2009 dan nyatakan bidang yang diagihkan
235) PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar kemiskinan untuk Negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?
-
Apakah jumlah warga miskin mengikut pecahan daerah dan kaum di Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi membantu golongan miskin di Selangor khasnya dalam merapatkan jurang kemiskinan antara bandar dan desa?
236) PENGURUSAN SISA PEPEJAL ALAM FLORA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status kontrak Alam Flora Sdn Bhd dengan Kerajaan Persekutuan ekoran banyak aduan negatif terhadap tahap pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh syarikat tersebut
-
Sejauh manakah peranan dan penglibatan Kerajaan Negeri dalam memantau pengagihan kontrak pengurusan sisa pepejal bagi memastikan operatornya benar-benar layak untuk melaksanakannya
237) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI MEMASTIKAN HAK BANGSA BUMIPUTERA DIPERTAHAN DAN DIKEKALKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan pihak kerajaan bagi memastikan hak bangsa bumiputera terus dipertahankan dan dikekalkan tanpa bangsa lain mengungkit hak keistimewaan bangsa bumiputera seperti tanah rizab orang Melayu, agama rasmi dan faktor pendidikan?
-
Adakah perlu diwujudkan Akta / Perlembagaan serta Jawatankuasa tetap di setiap negeri yang akan membantu mengekalkan hak dan keistimewaan taraf bangsa bumiputera dan orang Melayu tanpa dipersoalkan oleh mana-mana bangsa lain
238) PERMOHONAN TANAH DAN TUKAR STATUS TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Banyak pemohon tanah mengeluh dan mendakwa kerajaan sekarang lebih lambat meluluskan sesuatu permohonan berkaitan tanah. Apakah ada prosedur permohonan tanah dan garis panduan baru dikeluarkan hingga mengganggu kelancaran proses ini dan jika ada sila jelaskan perubahan yang dilakukan?
-
Ada dakwaan mengatakan adanya unsur memperlambat atau sabotaj oleh pihak tertentu supaya rakyat diberi gambaran seolah-olah kerajaan sekarang lembap dan apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?
-
Jelaskan hasil cukai tanah mengikut daerah yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2007, 2008 dan 6 bulan pertama tahun 2009
239) BUFFER ZONE DI TEPI LAUT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Apakah jarak rizab dan buffer zone di tepi laut ?
-
Adakah tindakan di ambil untuk mengekalkan buffer zone di Assam Jawa, Bukit Melawati ?
-
Adakah tindakan diambil untuk tanam balik bakau yang di musnahkan di kawasan Assam Jawa?
240) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program SMUE?
-
Sila huraikan dengan terperinci berapakah jumlah pendaftaran warga emas yang diterima setakat bulan Jun 2009 mengikut DUN masing-masing
-
Sila nyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program tersebut dan apakah kaedah penambahbaikan yang akan dilakukan?
241) PRINSIP BUDAYA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar budaya Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah nilai budaya Selangor dapat digabungjalinkan?
-
Adakah sebarang usaha mempopularkan budaya negeri Selangor?
242) MENJAMIN KEBAJIKAN SAR, SRJK(C) DAN SRJK(T)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah wujud sebarang dasar bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil menerusi penyelesaian isu-isu tanah institusi-institusi tersebut?