Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

243) KERJA-KERJA TENDER

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kerja-kerja yang telah ditawarkan melalui sistem tender oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut kategori kerja dan/atau jumlah wang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah nama-nama syarikat yang ditawarkan tender bagi kerja-kerja tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah komposisi kaum yang telah menerima tawaran bagi kerja-kerja tender tersebut?

    Klik jawapan »

244) PERUMAHAN PPR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Dilaporkan bahawa Kerajaan Pusat ada memperuntukkan sebanyak RM 200 juta bagi memperbaiki semua PPR (Projek Perumahan Rakyat) di seluruh negara . Daripada jumlah ini berapa banyak diperuntukkan untuk memperbaiki PPR di Selangor dan khususnya berapa peruntukkan yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih PPR Kota Damansara Seksyen 8 dan PPR Lembah Subang

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan sistem sewa beli rumah PPR oleh penduduk yang sedang mendudukinya agar dapat memiliki rumah tersebut.

    Klik jawapan »

245) KLORR DAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pusat telah meluluskan pembinaan Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) yang akan merentasi dan melalui kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di Hulu Langat dan Gombak. Apakah status kelulusan atau perundingan yang sedang berjalan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjayakan projek ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat dan langkah-langkah bagi melindungi kawasan-kawasan sensitif alam sekitar terutama Empangan Klang Gate dan Permatang Kuarza sekiranya projek ini diluluskan?

  3. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi penggunaan tanah sekiranya projek ini dijalankan?

246) HOMESTAY

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah lokasi homestay yang terdapat di Selangor sehingga akhir tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pelancong yang mengunjungi homestay dalam tahun 2005-2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Kerajaan Selangor dalam membangunkan industri homestay dan berapakah peruntukan?

    Klik jawapan »

247) MASALAH LINTAH DARAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Masalah lintah darat semakin hari semakin serius. PBT di Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan merampas sepanduk-sepanduk lintah darat, tetapi nampaknya tidak berkesan. Apakah tindakan yang akan diambilkan oleh PBT Negeri Selangor seterusnya, untuk menangani masalah sepanduk lintah darat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah lintah darat?

    Klik jawapan »

248) PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibiliti yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerajaan akan bermula mengguna kontraktor-kontraktor ini?

249) PEJABAT TANAH DAERAH PETALING

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Pejabat Tanah Daerah Petaling di SS16 Subang Jaya perlu berpindah?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang telah meluluskan transaksi pindah milik ini?

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan butir-butir seperti harga penjualan, nama pembeli dan pengarah yang terlibat, syarat-syarat duluan

    Klik jawapan »

250) PERLAKSANAAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang sudah diberikan kepada pewaris-pewaris sejak skim ini dilaksanakan. Sila terangkan mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Berapa kes penipuan wang SMUE telah dilaporkan dan berapa kes Ômultiple claimÕ telah berlaku? Sila nyatakan jika ada

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah kawan dibenarkan untuk menjadi penerima SMUE?

    Klik jawapan »

251) DASAR PENSWASTAAN DALAM PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Banyak tapak-tapak perniagaan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini telah diswastakan pengurusannya kepada pihak ketiga untuk tempoh yang lama. Syarikatsyarikat pengurusan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda melalui sewaan yang tinggi kepada peniaga, dan hanya membayar PBT kadar sewa yang rendah. Adakah terdapat dasar penswastaan Kerajaan Negeri untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Sila nyatakan

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan tapak-tapak perniagaan yang di bawah PBT yang telah diswastakan pengurusannya serta nama syarikat-syarikat tersebut dan tempoh yang diserahkan pengurusannya

    Klik jawapan »

252) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan perpustakaan awam yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Apakah nisbah jumlah buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di perpustakaan awam dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan dan seterusnya menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan?

    Klik jawapan »