Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

62) AKTIVITI ANAK SYARIKAT KERAJAAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak syarikat kepunyaan kerajaan Selangor?

  2. Bagaimanakah prestasi yang dicapai sejak 3 tahun lepas?

  3. Apakah status kewangan syarikat ini?

64) PRESTASI ATLET SUKAN MALAYSIA (SUKMA) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri dalam menghadapi SUKMA akan datang.

  2. Berapakah jumlah pingat yang disasarkan pada SUKMA akan datang?

  3. Nyatakan prestasi atlet SUKMA Selangor pada tahun ini?

65) RUMAH TERBENGKALAI ATLAW SDN BHD DI SUNGAI BULOH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memulihkan projek terbengkalai tersebut?

  2. Jika ya, sila nyatakan tindakan yang sudah, sedang atau yang akan diambil bagi memulihkan projek tersebut..

66) HOTEL BAJET

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah syarat-syarat utama yang harus dipatuhi sebelum lesen-Iesen operasi dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

  2. Berapakah bilangan hotel bajet yang beroperasi dan tidak berlesen terdapat di sekitar Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga bulan September 2011?

  3. Apakah tindakan yang telah diambil pihak PBT ke atas hotel-hotel tersebut yang telah beroperasi tanpa lesen?

67) SISTEM PENGKALAN DATA SECARA ONLINE PENGURUSAN PEMILIKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembangunan sistem pengkalan data secara online berhubung pengurusan pemilikan tanah di negeri Selangor. Bilakah sistem ini boleh dilaksanakan di semua Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Selangor.

74) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah PKNS akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di daerah Petaling dalam masa lima tahun yang akan datang memandangkan keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik semakin meningkat di daerah Petaling?

  2. Adakah PKNS akan menawarkan harga yang sama kepada semua kaum memandangkan kemiskinan ini tidak mengenal warna kulit?

77) PEKERJA AWAM DAN SWASTA DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pekerja awam dan swasta mengikut sektor di Selangor?

  2. Apakah program untuk mereka yang masih bekerja?

78) RUMAH TERBENGKALAI DI DESA KERAYONG INDAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah status projek rumah terbengkalai itu sekarang?

  2. Sudahkan masalah pembeli rumah berkenaan diselesaikan?

79) PENAMATAN KONTRAK ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana pihak PBT dan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut?

84) SEMAKAN SKIM GAJI DAN BONUS KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan telah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 7%-13% dalam pembentangan Bajet 2012, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan gaji bagi kakitangan kerajaan negeri Selangor?

  2. Adakah kerajaan negeri akan memberikan bonus tambahan kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor pada hujung tahun ini?

  3. Adakah kedudukan kewangan kerajaan negeri mengizinkan untuk berbuat demikian?