3) PROJEK-PROJEK BANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Selangor telah menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan diskaun Bumiputra bagi projek-projek bangunan dalam negeri dari tujuh (7) peratus ke sepuluh (10) peratus, apakah asas bagi peningkatan ini?
3) PENYERAHAN DEWAN DAN BALAIRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dewan dan balairaya yang ditadbir oleh UMNO atau orang perseorangan yang belum diserahkan ke Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang ?
-
Apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa kepada individu atau parti terutama UMNO yang tidak menyerahkan dewan tersebut.
3) PENGURUSAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri berhasrat mahu mengembalikan hasil jualan pasir di negeri Selangor kepada rakyat. Sejauh manakah berjayanya polisi baru di atas dapat dijalankan?
-
Mampukah sebuah syarikat dipertanggungjawabkan dapat mengendalikan urusan penjualan pasir?
-
Mengapakah aduan kecurian pasir masih kerap berlaku di sana sini?
3) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kedudukan kewangan KSSB.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah CSR yang disalurkan sepanjang tahun 2016 dan 2017?
-
Sila senaraikan nama Ahli Lembaga Pengarah dan semua kemudahan serta elaun yang diterima tahun 2016 dan 2017.
3) RUMAH PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon statistitik pembinaan rumah PKNS yang telah siap dan dalam pembinaan atau perancangan mulai 2008 mengikut daerah Negeri Selangor.
-
Berapa luaskah tanah kerajaan negeri yang digunakan oleh PKNS untuk membina rumah tersebut?
-
Berapa luas pula tanah-tanah swasta yang dibeli untuk tujuan itu jika ada?
3) PENYAKIT HMFD UNTUK TAHUN INI 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai kanak-kanak di Selangor yang telah dijangkiti penyakit HMFD untuk tahun ini 2018?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit HFMD dapat dielakkan terhadap anak-anak di tadika-tadika ini?
3) PRESTASI PERDAGANGAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah penjelasan Kerajaan Negeri terhadap prestasi perdagangan Negeri Selangor yang merudum sebanyak 6.8% untuk lapan bulan pertama 2023 dan mencatatkan trade deficit sebanyak RM63 bilion?
3) PELABURAN DI KAWASAN RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah dan jenis pelaburan di kawasan Rawang untuk tahun 2008- 2013.
-
Senaraikan jumlah pelaburan tempatan dan pelaburan asing mengikut sektor di kawasan Rawang untuk tahun 2008-2015
-
Apakah strategi dan jenis insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan di Negeri Selangor?
3) USAHA MEMBASMI KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kejayaan dicapai dalam usaha Kerajaan Negeri mencapai sifar kemiskinan di kalangan rakyat?
-
Sila perincikan pecahan status berpendapatan miskin mengikut pecahan daerah, sekiranya ada.
-
Apakah langkah yang diambil untuk menaik taraf kehidupan rakyat yang dianggap masih berada di tahap kemiskinan?
3) KEMUDAHAN ASAS UNTUK SEMUA RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi penduduk di kawasan luar Bandar yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik?
-
Bagaimana kerajaan kenal pasti isi rumah yang masih belum ada kemudahan asas tersebut?
