Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

129) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2011 berapa keseluruhan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dikeluarkan untuk program-program merakyatkan ekonomi Selangor?

  2. Apakah program yang menggunakan dana yang paling tinggi?

  3. Apakah program yang menggunakan dana terendah?

  4. Berapa anggaran rakyat negeri Selangor yang telah memperoleh nikmat program merakyatkan ekonomi Selangor?

  5. Adakah program terbaru Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh terdekat?

130) STATUS KERJA-KERJA KUTIPAN SAMPAH DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah PBT telah ambil alih kerja-kerja kutipan sampah di Selangor?

  2. Berapakah kos telah dijimat atau ditambah sejak PBT ambil alih kerja-kerja kutipan sampah?

131) PROGRAM KERJAYA SISWAZAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai siswazah yang telah menyertai program Rancangan Kerjaya Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Berapakah tempoh untuk setiap program ini dijalankan dan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk setiap siswazah?

  3. Adakah mereka diberi peluang untuk bekerja dengan kerajaan Selangor atau GLC atau pertubuhan lain?

132) HOTEL-HOTEL “BUDGET” DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hotel-hotel "Budget" yang terdapat di dalam negeri Selangor pada masa kini?

  2. Berapakah jumlah hotel-hotel "Budget" yang telah ditutup semenjak tahun 2008 dan apakah sebab ianya ditutup?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kegiatan-kegiatan yang tidak diingini ataupun tidak bermoral berlaku di hotel-hotel "Budget" tersebut?

133) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Sudahkah pihak Majlis Perbandaran Selayang mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk di kawasan Prima Selayang?

  2. Ingin menyarankan supaya tapak bagi pembinaan surau diberi perhatian dan keutamaan sebagaimana yang diberikan kepada kemudahan asas lain seperti api dan air bagi semua kawasan perumahan yang dibangunkan dalam negeri Selangor.

  3. Ingin menyarankan juga supaya Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mementingkan faktor komersil dengan menswastakan tapak tanah milik mereka bagi mendapatkan dana yang hanya memihak kepada kepentingan individu tertentu tetapi menafikan hak orang ramai./

134) BANTUAN AKTIVITI PERSATUAN BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan tahunan kerajaan negeri kepada persatuan-persatuan belia?

  2. Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada Majlis Belia Selangor dan Majlis Belia Daerah-Daerah?

135) PENAMATAN ALAM FLORA SDN. BHD.

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani pekerja-pekerja Alam Flora Sdn. Bhd. Yang kehilangan pekerjaan?

  2. kerja-kerja pembersihan awam di kawasan Majlis Daerah diambil sepenuhnya oleh Majlis Daerah masing-masing . Mohon nyatakan kriteria kontraktor-kontraktor yang telah dilantik dan bagaimanakah proses pelantikan dilaksanakan?

  3. Mohon senaraikan kontraktor-kontraktor yang mendapat kontrak pembersihan dan nyatakan kawasan masing-masong di negeri Selangor?

136) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Huraikan kejayaan dan kelemahan MIMBAR.

  2. Terdapat rungutan ada antara mereka yang memohon sudah menghadiri kursus tetapi permohonan mereka ditolak. Adakah puncanya?

  3. Sila jelaskan berapakah jumlah peserta yang sudah diluluskan permohonan mereka mengikut pecahan Dun dan apakah wujud masalah pembayaran semula?

137) PEMBERSIHAN AWAM OLEH MPKJ

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah skop "Pembersihan Awam" yang diambil oleh MPKj?

  2. Bagaimanakah cara pemilihan kontraktor-kontraktor baru?

  3. Apakah kesulitan atau manfaat yang bakal dihadapi oleh MPKj?

138) ANGGARAN HASIL DAN PERMIT 2010

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi kutipan hasil tersebut?

  2. Jika kutipan tidak menepati anggaran disemak, berapa banyak dan berapa peratusan kekurangan tersebut?

  3. Apakah jumlah kutipan dari pecahan-pecahan bagi hasil-hasil tersebut?