Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
61) PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pengantin yang telah memperolehi Insentif Perkahwinan Belia mengikut pecahan kaum sejak tahun 2013.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula cara penyaluran insentif supaya pengantin boleh menerima insentif tersebut dalam masa sebulan selepas menghantar permohonan?
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah rumah di bawah skim ini yang telah di bina sejak 2013?
63) PROJEK PENCEGAHAN BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek-projek untuk pencegahan banjir?
-
Bilakah projek-projek pecegahan banjir akan dimulakan dan tarikh dijangka siap?
64) SELANGOR HINDU ENDOWMENT BOARD (SHEB)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah penubuhan SHEB merupakan bidang kuasa Kerajaan Pusa
-
Apakah dasar dan pendirian Kerajaan Negeri terhadap penubuhan SHEB?
65) BAS SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Berapa laluan tambahan terbaru dan di daerah mana?
-
Berapa buah bas keseluruhan yang digunakan setakat hari in
-
Berapa kos pembelian keseluruhan bagi setiap unit bas termasuk bagi bas laluan terkini?
66) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menetapkan satu piawaian standard untuk menilai prestasi setiap DUN yang menjalankan Pusat Wanita Berdaya?
-
Mengapakah pelantikan calon PWB tidak di iklankan di media sebagai pilihan kedua Kerajaan Negeri?
-
Apakah cara orang awam boleh menilai prestasi seseorang PWB?
67) KEBUN KOMUNITI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kebun komuniti mengikut setiap PBT.
-
Nyatakan implikasi kewangan setiap PBT dalam membina dan meyelenggara kebun komuniti.
-
Sejauh manakah perancangan kerajaan negeri dalam menambahbaik dan membangunkan kejiranan hijau di Selangor?
68) TANAH PERTANIAN DAN BANTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang telah diusahakan untuk tujuan pertanian sejak sekian lama tetapi masih belum memiliki hak milik dan apakah bantuan yang boleh diberikan?
69) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembakaran tempurung dan bahan toksid secara terbuka di Kampung Ijok oleh pengusaha2 mengakibatkan pencemaran alam sekitar dengan asap toksid dan bau busuk. Lapuran telah dibuat oleh Ketua Kampung dan Ahli Majlis. Apakah tindakan oleh PBT/EXCO untuk hentikan kegiatan ini?
70) KESAN EL-NINO KEPADA PESAWAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan yang diberikan kepada pesawah padi di Selangor?
-
Senaraikan nama penerima dan jumlah sumbangan berkenaan sehingga Jun 2016?