Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
139) SIBER KAFE HARAM DI MERU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Siber Kafe yang berlesen dan Siber Kafe yang tidak berlesen yang beroperasi secara haram di Meru dan apakah tindakan yang dilakukakn oleh MPK kepada Siber kafe yang tidak berlesen ini?
-
Apakah tindakan yang berkesan dalam menangani masalah ini dan undang-undang yang terlibat yang boleh dikenakan oleh Mahkamah kepada pengusaha yang degil ini?
140) PENUTUPAN IKYS BAGAN TERAP
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Di mana semua peralatan tersebut dibawa?
-
Apakah status pusat IKYS terserbut. Adakah ia bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata?
141) ELAUN DAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah elaun bulanan dan elaun masyarakat Ahli Majlis PBT?
-
Berapakah peruntukan aktiviti bagi setiap JPP Zon setiap bulan?
-
Apakah garis panduan dan kaedah penggunaan aktiviti JPP Zon?
142) SELANGORKU IDAMANKU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah slogan Selangorku ini dilancarkan kerana ketidakyakinan rakyat terhadap program Merakyatkan Ekonomi Selangor?
-
Adakah penjenamaan ini sekadar retorik?
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan bendera Selangor untuk menunjukkan kecintaan terhadap negeri Selangor?
143) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A dan Seksyen 8 yang sudah mempunyai hak milik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?
-
Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?
144) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah digunakan untuk perpustakaan awam yang baru ini dan sila nyatakan dengan terperinci.
-
Berapakah jumlah anggaran bilangan orang pengunjung yang telah mengunjungi perpustakaan ini?
145) LESEN TOL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah lesen TOL yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk tahun 2011 bagi DUN Subang Jaya?
-
Sila berikan butir-butir seperti nama, lokasi, tujuan dan bayaran untuk (a).
146) PROJEK-PROJEK KECIL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapakah tidak ada pemantauan terhadap kerja-kerja tersebut supaya kontraktor mengikut spesifikasi yang ditetapkan?
-
Siapakah yang perlu bertanggungjawab sekiranya kerja-kerja yang dilakukan rosak dalam tempoh yang singkat setelah disiapkan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap kontraktor terbabit.
147) PERUNTUKAN BAGI MENANGANI KEROSAKAN HARTA AWAM AKIBAT BENCANA ALAM
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah peruntukan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus bagi menangani keadaan kecemasan dan bencana alam di negeri Selangor.
-
Dalam keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa rakyat seperti yang berlaku di sruau Mustaqqim Selayang Baru, siapakah di PBT diberi kuasa untuk menentukan kadar peruntukan yang boleh dikeluarkan serta-merta untuk membaik kerosakan akibat masalah/bencana alam yang dihadapi.
148) MASALAH SOSIAL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh PEMADAM di setiap daerah dalam menangani isu ini?