Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
81) KESIHATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam kita yang sedang dilanda wabak denggi ini khususnya di Negeri Selangor. Apakah pendekatan atau kaedah yang diambil untuk menanganinya?
-
Apakah 5 penyakit2 yang menyebabkan kematian paling tinggi di Negeri Selangor ini, berikan statistik.
82) RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah penerima Bantuan tersebut mengikut pecahan kaum dan daerah sejak 2012 hingga 2013?
-
Sila nyatakan apakah kriteria permohonan yang ditetapkan?
-
Sila nyatakan apakah analisis dan perancangan terhadap para penerima khususnya dalam konteks membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan?
83) JENAYAH DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik dan indeks jenayah terkini di Selangor mengikut PBT?
-
Bagaimana kerajaan negeri dapat bersama mencegah kes-kes jenayah tersebut?
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat sedar tentang bahaya jenayah?
84) KONVENSYEN IBU TUNGGAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perincian program konvensyen ibu tunggal tersebut?
-
Apakah manfaat kepada ibu tunggal yang menghadiri konvensyen ini?
85) CENTRAL SPECTRUM (M) SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
86) PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh rakyat Selangor sehari mengikut PBT?
-
Nyatakan nama, lokasi, kapasiti dan pusat pelupusan untuk menampung sisa pepejal tersebut?
-
Apakah jumlah dan kapasiti pusat pelupusan tersebut mencukupi untuk tempoh tertentu?
87) PERANCANGAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Jika MBPJ dibangunkan dengan maksimum di bawah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 & 2, apa anggaran penduduk Petaling Jaya?
88) PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN DAN SEJARAH (PPPS), MDHS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu Pusat Penerangan Pelancongan dan Sejarah (PPPS), MDHS yang telah siap tapi tidak beroperasi?
-
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi yang menyebabkan PPPS tidak dibuka untuk orang awam
89) PRESTASI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jenis aduan (sampah, jalan, longkang dan lain-lain) setiap bulan dari Januari 2012 ke Januari 2014.
90) PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan penghuni yang ditawarkan Rumah Bukit Botak?
-
Apakah status bagi setiap penghuni yang ditawarkan dari sudut pemberian kunci dan sebagainya?
-
Apakah status keseluruhan pembangunan Perumahan Bukit Botak?