Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

241) PAIP AIR KOLAM AIR JUGRA BARU KE SIJANGKANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemasangan paip air daripada Kolam Air Jugra Baru ke Banting dan Sijangkang yang sangat penting untuk mengoptimakan kapasiti pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang?

    Kerja-kerja pemasangan paip air masih dalam peringkat pembinaan di bawah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan akan siap sepenuhnya pada akhir 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.