Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

11) PAIP AIR LAMA DAN NRW DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perbelanjaan tentang peruntukan penggantian paip air lama dan kerja-kerja pengurangan air tidak berhasil atau NRW di Selangor untuk tahun 2017 sehingga sekarang?

    Status perbelanjaan kapital dan kemajuan kerja pengurangan NRW yang dilaksanakan pada tahun 2017 adalah seperti berikut:

    • Pada tahun 2016, RM110 juta telah dianugerahkan untuk kerja-kerja penggantian paip air lama. Manakala, bagi tahun 2017, RM16 juta telah dianugerahkan bagi program penggantian paip air lama. Dalam tempoh 3 bulan akan datang, RM90 juta dijangka akan dianugerahkan.

    Kerja NRW adalah termasuk program penggantian paip air lama seperti diterangkan di atas. Lain-lain kerja NRW adalah dijalankan secara dalaman oleh Air Selangor. Jumlah perbelanjaan operasi NRW dari Januari 2017 sehingga Jun 2017 adalah sebanyak RM37.94 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.