Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

113) PAIP PERHUBUNGAN BEKALAN AIR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap paip perhubungan bekalan air yang usianya melebihi 50 tahun dan berkarat (jenis GI 20mm) di kampung-kampung baru yang menyebabkan tekanan air dikawal oleh Syabas dan penduduk tidak dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan biasa?

    Melalui Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS, berkuat kuasa pada 01 Januari 2005, semua aset bekalan air telah diserahkan untuk dikendalikan oleh SYABAS. Bermula dari tarikh tersebut, SYABAS adalah satu-satunya pihak tunggal yang telah diberikan kuasa untuk mengendalikan, menyelenggarakan dan mengoperasikan semua aset air di Negeri Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

     

    Sebagai operator tunggal, SYABAS telah dipertanggungjawabkan untuk membuat meneliti semula semua sistem agihan termasuk paip perhubungan yang berusia lebih 50 tahun. Cadangan penukaran paip perhubungan berusia lebih 50 tahun memang telah ada di dalam cadangan kerja-kerja pembangunan yang akan dilaksanakan oleh SYABAS menggunakan peruntukan CAPEX.

     

    Namun demikian, melihat kepada maslah operasi yang dihadapi oleh SYABAS, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor sebagai penyelesaian jangka panjang ke atas semua masalah operasi yang dihadapi oleh seluruh rakyat Negeri Selangor.

     

    Di bawah Model baru itu, Kerajaan Negeri Selangor boleh menyediakan dasar bagi memastikan paip-paip perhubungan yang berusia lebih 50 tahun akan ditukar secara berfasa setelah mendapat kelulusan dari SPAN.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.