Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

101) PAJAKAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk memastikan bahawa kepentingan rakyat adalah dilindungi dan diberikan kedudukan atau status hak milik kekal atau selamanya untuk tanah mereka tanpa apa-apa bayaran premium di mana ia adalah hak mereka?

    Berhubung pemberimilikan tanah kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri mengamalkan dasar
    Kerajaan Berkebajikan di mana pemberimilikan tanah-tanah baru dan perlanjutan
    tempoh pajakan diberikan kepada pemohon yang layak khususnya bagi tujuan
    bangunan kediaman.
    Dalam pelaksanaan dasar ini, Pihak Berkuasa Negeri terikat dengan peruntukan
    undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) di mana bawah peruntukan
    Seksyen 42 Kanun Tanah Negara, pemberimilikan tanah kerajaan boleh diluluskan
    secara pajakan tidak melebihi tempoh 99 tahun. Sebagai balasan kepada Pihak
    Berkuasa Negeri secara “win-win situation”, individu yang diluluskan pemberimilikan
    tanah kerajaan dikehendaki menjelaskan pembayaran premium tanah yang mana
    merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri yang kemudiannya disalurkan untuk tujuan
    pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.