Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

141) PAKEJ PERANGSANG EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pakej perangsang berbentuk beberapa serampang dilancarkan pada bulan Mac 2009. Sila beritahu status kemajuannya perangsang-perangsang tersebut.

    Untuk 2009, sebanyak RM353,540 telah diagihkan dan lebih kurang RM600,000 akan diagihkan. Jumlah yang telah diagihkan sebanyak RM353,540 yang telah diagihkan melibatkan proses “mapping” di kawasan sekeliling Sungai Klang menggunakan GIS (Geographical Information System) untuk inventori guna tanah di kawasan tersebut.

     

    Jumlah yang akan diagihkan sebanyak RM600,000 pula melibatkan peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses mapping terperinci Sungai Klang dan juga program-program kempen bersama-sama NGO untuk memberi kefahaman kepada orang awam tentang pentingnya penjagaan sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.