Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

107) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang diumumkan pada 4 Mac lalu dalam usaha memacu perkembangan ekonomi di Negeri Selangor

    Perkembangan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dalam usaha memacu perkembangan ekonomi di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    Sekretariat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor telah dilantik khususnya untuk projek ini, di bawah Pejabat Menteri Besar. Sekretariat ini akan bekerjasama dengan UPEN dan Jabatan-jabatan/ agensi-agensi Selangor lain yang terlibat dalam perkembangan ekonomi di negeri Selangor.

     

    Panel Penasihat Ekonomi (Economic Advisory Panel) telah dibentuk yang  terdiri daripada pakar-pakar profesional dalam bidang tertentu, wakil dari pihak swasta, ahli akademik dan sebagainya. Mereka memainkan peranan penting iaitu memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam economic development.

     

    Sungai Klang

    Projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang dijangka akan bernilai RM10billion. Namun demikian, ianya bukanlah dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri kerana ianya adalah projek “private finance initiative” dimana dananya akan diusahakan oleh syarikat swasta yang telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek berkenaan.

     

    Pembaharuan aktiviti di Bandar (Urban Redevelopment): Beberapa perancang Bandar telah membuat pembentangan mereka mengenai kawasan-kawasan di Selangor yang berpotensi untuk dibangunkan semula.

     

    Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT): masih di peringkat perbincangan awal.

     

    Projek Meningkatkan Hasil Padi telah ditambahkan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi

     

    Proses Penstrukturan Air

    Penstrukturan semula aset-aset air adalah penting untuk mengembalikan pemilikan aset-aset air kepada kerajaan negeri. Tujuannya adalah untuk memastikan pengguna mendapat khidmat yang paling cekap dan memastikan harga yang dibayar untuk air yang merupakan keperluan asas manusia adalah berpatutan. Kerajaan negeri komited untuk memastikan air percuma pada 20m3 pertama akan terus dilaksanakan untuk kepentingan rakyat

    Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai: Beberapa perunding bebas telah pun dilantik bagi menyediakan cadangan-cadangan yang berkesan dan kosefektif dalam membangunkan semula projek terbengkalai. Mereka telah pun membentangkan kertas cadangan mereka.

     

    Buat masa sekarang Lembaga Perumahan, Jawatankuasa Pemuliharaan Projek

    Terbengkalai di bawah YB Iskandar (EXCO), dan Sekretariat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sedang bekerjasama dalam mengenal pasti cadangan yang paling sesuai untuk diguna pakai.  Kerajaan Negeri juga berhubung dengan SPNB supaya mereka dapat pendapat mereka dari segi kos dan mengelakkan kerugian supaya hak semua pihak akan terbela.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.