Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

112) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi penerangan terkini terhadap pelbagai pakej rangsangan ekonomi kerajaan negeri Selangor

    1. Setakat ini, kebanyakan daripada projek masih berada di dalam proses kajian dan perancangan.

     

    1. Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang

     

    • Pelancaran projek telah dibuat pada 13 Mac 2010 oleh DYMM Sultan Selangor semasa Karnival Sungai Klang 2010

     

    • Setelah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dianggotai jabatan- jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, empat (4) syarikat telah dipilih untuk terlibat dengan Projek Sungai Klang berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Syarikat-syarikat tersebut telah dijemput untuk menganggotai ‘Taskforce Public / Private Partnership’ Projek Sungai Klang. Empat (4) syarikat tersebut ialah:-

     

    1. DPZ Asia Sdn Bhd

     

    1. GJA Engineering & Construction Sdn Bhd

     

    • TSS MAKO Engineering Sdn Bhd

     

    1. Wessex Water / I Berhad Consortium

     

    • Pelan Pembangunan Projek Sungai Klang telah ditunjukkan kepada  umum secara berperingkat.

     

     

     

     

     

    1. Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai

     

    • Telah berjaya menghidupkan semula 18 projek terbengkalai daripada 134 yang disenaraikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Pemulihan ini menyumbang terus kepada sektor pembinaan Negeri Selangor dan membuka peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, tiada nilai sebenar pelaburan dan pekerjaan diperolehi setakat

     

    • Beberapa projek terbengkalai telah dikenal pasti untuk menjadi fokus kerajaan negeri pada tahun ini iaitu Bukit Botak, Alam Perdana dan Alam Mutiara. Penyelesaian akan dibuat menggunakan:-

     

    1. Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)

     

    1. Perampasan Tanah

     

    1. Seksyen 100 KTN di atas kegagalan membayar cukai tanah

     

    1. Seksyen 129 KTN di atas pelanggaran syarat tanah

     

    1. Pembangunan semula kawasan bandar

     

    • Projek Pembaharuan Bandar telah dimulakan di Ampang Jaya dengan pengumuman projek Datum Jelatek oleh PKNS dengan nilai pembangunan sebanyak RM1.2 bilion. PKNS telah mengambil  pendekatan membangunkan semula flat-flat kos rendah PKNS yang lama untuk dijadikan perumahan kos sederhana dan tinggi. Projek ini dijangka akan menjadi rangsangan atau ‘stimulus’ kepada pembangunan Pusat Bandar Keramat.

     

    • Selain itu, Seksyen 52, Petaling Jaya juga sudah dikenal pasti untuk dibangunkan untuk menjadi Pusat Bandar Petaling Jaya. Projek ini masih di dalam peringkat kajian dan perancangan untuk memastikan pembangunan yang terancang dan mampan dapat dilaksanakan, terutamanya untuk menyelesaikan masalah trafik di kawasan tersebut yang sangat genting.

     

     

     

     

     

    1. Peningkatan hasil tanaman padi

     

    • Program melipatgandakan hasil padi telah bermula dari 2009 dan ini akan berlangsung sehingga 2013 selama 5 tahun. Sawah-sawah yang terlibat meliputi kawasan seluas 18,355 hektar (ha) dan melibatkan seramai  9,332 petani

     

    • Objektif program padi adalah untuk melipatgandakan pengeluaran hasil padi di semua kawasan untuk berada pada tahap seperti kawasan Sekinchan dengan pengeluaran melebihi 7.5 mt/ha pada 2013

     

    • Program ini dijangka akan berjaya meningkatkan hasil padi kepada lebih daripada 140,000 mt berbanding sekarang 100,000 mt

     

    • Pendapatan per kapita petani padi dijangka akan bertambah daripada RM12,900/musim kepada RM20,371/musim

     

    • Program yang sedang ada dalam pelaksanaan ialah 2 projek perintis di daerah Sabak Bernam (Pancang Bedena, Pasir Panjang) dan 1 di daerah Kuala Selangor (Sawah Sempadan) pada musim 1/2009 (Mac – Julai), dan terdapat 21 kawasan projek baru bagi Musim 2/2009 (Sept – Feb)

     

    • Apa yang akan dilaksanakan pada masa hadapan ialah memperkembangkan program ke seluruh sawah-sawah padi di barat laut negeri Selangor, dan sasaran untuk mengembangkan program daripada 16% (2009), kepada 37% (2010), 62% (2011), 87% (2012) dan 100%

    (2013) kawasan sawah-sawah padi

     

    1. Perluasan sistem pengangkutan

     

    • YAB Dato’ Menteri Besar telah berjumpa dengan Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri iaitu YB Dato’ Seri Idris Jala yang mengetuai “Government Transformation Programme” dan “National Key Results Areas” di bawah Kerajaan Persekutuan. Perjumpaan tersebut adalah  khas untuk membincangkan perkara sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang, iaitu salah satu daripada “NKRA”.

     

    • Taklimat telah diberi kepada Kerajaan Negeri Selangor tentang hasrat Kerajaan Persekutuan memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang. Dalam perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi Kertas Dasar Cadangan untuk membentuk sebuah “Klang Valley Transport Council” iaitu Majlis Pengangkutan Lembah Kelang. Majlis ini dicadangkan agar dibentuk  supaya  hal-ehwal  pengangkutan dan masalah yang dihadapi dapat diselaraskan pada peringkat tempatan dan negeri. Majlis ini juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan dilancarkan pada bulan  Jun tahun

     

     

     

    • Dengan adanya Majlis ini, ia diharap agar perancangan untuk sistem pengangkutan akan dilaksanakan dengan lebih teliti lagi. Majlis ini dicadangkan supaya diwakili oleh pihak kerajaan negeri Selangor, ahli- ahli majlis masing-masing, ahli organisasi penduduk, syarikat pengangkutan awam, badan bukan kerajaan dan pakar  Masalah yang dihadapi dapat diselesaikan, dan cadangan baru dapat dikemukakan untuk kelulusan. Kerajaan Persekutuan belum lagi memberi maklum balas berkenaan cadangan pembentukan Majlis Pengangkutan Lembah Kelang.

     

    1. Penstrukturan semula industri air

     

    • Kerajaan Negeri Selangor masih berunding bersama Kerajaan Persekutuan dengan syarikat-syarikat konsesi air iaitu ABASS Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), Puncak Niaga  Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) dalam proses penstrukturan semula industri air Selangor.

     

    • Kerajaan Negeri Selangor masih berhasrat supaya industri perkhidmatan air negeri Selangor akan akhirnya distrukturkan semula menjadi industri yang holistik dan diuruskan oleh kerajaan negeri sepertimana yang terkandung dalam dasar negara dan selaras dengan Akta Perkhidmatan Air Selangor 2006 (Akta 655). Kerajaan Selangor juga berhasrat agar kenaikan tarif air adalah berpatutan demi kepentingan pengguna- pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan

     

    • Kerajaan Negeri Selangor berpendapat bahawa nilai tawaran yang diberi kepada keempat-empat syarikat konsesi tersebut adalah munasabah dan adil, berdasarkan jumlah yang dilabur oleh mereka, dan tidak akan sanggup memberi tawaran yang jauh lebih tinggi daripada yang berpatutan.

     

    • Industri perkhidmatan air di Selangor sepatutnya di kendali oleh pihak yang profesional, supaya industrinya efisien dan dapat mengurangkan Non-Revenue Water (NRW), dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna-pengguna.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.