Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

158) PAKEJ RANGSANGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang disalurkan kepada Negeri Selangor daripada pakej rangsangan ekonomi Malaysia pertama dan kedua tahun 2008 dan 2009?

    Kerajaan Malaysia telah mengumumkan dua pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM67 bilion bagi memulihkan semula ekonomi negara dan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat. Pakej rangsangan ekonomi yang pertama telah diumumkan pada 4 November 2008 yang melibatkan bajet berjumlah RM7 bilion manakala bajet mini pula diumumkan pada 10 Mac 2009 melibatkan peruntukan sebanyak RM60 bilion. Projekprojek dilaksanakan secara terus oleh agensi-agensi pelaksana seperti melalui Kementerian, Pusat Pembangunan Negeri dan agensi-agensi Kerajaan seterusnya dipantau oleh Unit Pengurusan Projek, Jabatan Perdana Menteri.

     

    Dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek-projek di bawah mini bajet dan pakej rangsangan ekonomi Malaysia pada 17 Mac 2009, pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) telah memaklumkan bahawa sejumlah RM101 juta akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membiayai dua(2) projek. 2 projek tersebut adalah projek pengalihan paip air Jalan Universiti dengan bajet sebanyak RM12 juta dan projek bekalan air alternatif KLIA dengan bajet sebanyak RM89 juta yang dilaksanakan oleh KTTHA.