Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

95) PAKEJ SEPADU USAHAWAN HINGGA BERJAYA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pakej bersepadu yang lengkap untuk menjadikan seorang usahawan sederhana menjadi usahawan yang berjaya?

    Usahawan sederhana adalah usahawan berjaya. Mengikut definisi oleh SME Corp. Malaysia, perniagaan ataupun perusahaan yang diklasifikasikan sebagai perusahaan sederhana bagi kategori pembuatan ialah perusahaan yang nilai jualan tahunannya daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta atau daripada 75 hingga tidak melebihi 200 pekerja manakala definisi perusahaan sederhana bagi kategori pembuatan dan sektor lain pula ialah perusahaan yang nilai jualan tahunanya dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta atau daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja.

    Berpandukan nilai jualan tahunan terendah bagi kategori pembuatan iaitu RM15 juta setahun, seorang usahawan sederhana adalah usahawan yang berpendapatan minimum sebanyak RM1.25 juta sebulan dan bagi kategori perkhidmatan dan sektor lain pula yang nilai jualan tahunannya dari RM3 juta setahun, seorang usahawan sederhana adalah usahawan yang berpendapatan minimum sebanyak RM250 ribu sebulan.

     

    Berikut adalah definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana oleh SME Corp. Malaysia:-

     

    Kategori Mikro Kecil Sederhana
      Jualan tahunan Jualan tahunan Jualan tahunan
      kurang daripada daripada RM300 daripada RM15
    Pembuatan RM300 ribu atau bilangan pekerja ribu hingga kurang daripada juta hingga tidak melebihi RM50
      sepenuh masa RM15 juta atau juta atau
      kurang daripada 5 daripada 5 hingga daripada 75

     

      orang kurang daripada 75 pekerja hingga tidak melebihi 200 pekerja
    Kategori Mikro Kecil Sederhana
     

     

    Perkhidmatan dan

    Sektor Lain

    Jualan tahunan

    kurang daripada RM300 ribu atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

     

    Jualan tahunan daripada RM300 ribu hingga kurang daripada RM3 juta atau daripada 5 hingga jurang daripada 30 pekerja

    Jualan tahunan daripada RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta atau daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja

     

    Keperluan setiap usahawan adalah berbeza dengan usahawan yang lain. Walau bagaimanapun, boleh dianggap disimpulkan pakej bersepadu yang lengkap untuk menjadikan seorang usahawan yang berjaya ialah:-

     

    • Mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan;

     

    • Mempunyai motivasi untuk berjaya di dalam perniagaan / bidang yang diceburi. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel 2 hari bertajuk Mangkin Keusahawan Diri (MKD);

     

    • Mempunyai / mempelajari asas perniagaan. Asas perniagaan ini boleh dipelajari melalui perancangan perniagaan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Bengkel Rancangan Perniagaan dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;

     

    • Mengikuti perkembangan trend terkini perniagaan seperti perniagaan atas talian. Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor juga telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Jualan melalui Facebook Marketing;

     

    • Mengambil peluang dan ruang pasaran terbuka. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Seminar ASEAN Economic Community (AEC), Free Trade Agreement (FTA) dan Taklimat Panduan

Lampiran

Tiada Lampiran.