PAKEJ STIMULUS EKONOMI

88) PAKEJ STIMULUS EKONOMI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pakej stimulus ekonomi yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri untuk merangsangkan ekonomi di Selangor?

    1. Projek Pembersihan Sungai Klang:

     

    Projek Pemuliharaan dan Pembersihan Sungai Klang merupakan salah satu daripada pakej yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor. Projek ini juga merupakan lanjutan  daripada Usul Dasar Halatuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang diluluskan di dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12.

     

    Usaha Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang dijangka akan berterusan dan dilaksanakan secara berfasa selama 15 tahun. Setakat ini, 3 syarikat telah disenarai pendek oleh Kerajaan Negeri untuk terlibat dengan projek ini pada  kapasiti yang berbeza. Syarikat-syarikat tersebut ialah:-

     

    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn. Bhd./I Berhad Consortium
    • GJA Engineering & Construction Sdn.

     

    Anggaran awal menunjukkan bahawa projek ini memerlukan RM5 billion untuk keseluruhan 80 kilometer di Negeri Selangor. 3.1. Projek Pemuliharaan dan Pembangunan merupakan satu projek yang unik kerana ianya merupakan satu projek awam yang akan dibiayai oleh pihak swasta melalui Public/Private Partnership (PPP) atau Private Financing Initiative (PFI).

     

    Bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan mendapatkan  synergi  yang  lebih baik, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi Projek Pembersihan dan Pemuliharaan Sungai di bawah Projek “River of Life” iaitu sebahagian daripada Projek “Greater KL/KV “ yang menjadi salah satu teras Transformasi Ekonomi Nasional, NKRA.

     

     

     

     

     

     

     

    Di bawah Task force Pembersihan Sungai bagi Projek River of Life yang dipimpin oleh JPS, bagi tahun 2011 sebagai pemulaan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada Selangor dimana MPAJ telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Peruntukan tersebut adalah bagi penyediaan Sistem Rawatan Air di Salur Keluar Sistem Perparitan Utama ke Sungai Klang di Taman Melawati, Hulu Klang, Daerah Gombak Selangor yang akan disiapkan dalam tahun 2011.

     

    1. Pengangkutan Awam: Setelah Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kertas kerja kepada pihak SPAD iaitu cadangan Selangor untuk menubuhkan  Majlis Pengangkutan Lembah Kelang atau Selangor (Klang Valley Transport Council, or Selangor Transport Council). Selain daripada itu, Selangor juga mencadangkan agar setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengadakan sekurang-kurangnya seorang pegawai untuk diberi mandat menguruskan perkara pengangkutan awam. Cadangan tersebut diterima tetapi tidak diberi maklumbalas. Oleh sebab SPAD telah memulai proses rundingan awam dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk projek MRT (Mass Rapid Transit) di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memain peranan accountability partner, iaitu memastikan bahawa kerja-kerja tersebut dilaksanakan dengan telus sejauh

     

    • Penambahan Hasil Padi

     

    Projek Meningkatkan Hasil Padi

     

    Secara keseluruhannya peningkatan purata hasil padi di semua  projek  adalah  tidak begitu ketara kecuali di blok TASB 12, di Kuala Selangor Utara yang mencatatkan peningkatan sebanyak 30% kepada 7.4 mton/ha pada  musim  1/2010).

     

    Kawasan Sabak Bernam Selatan mengalami sedikit peningkatan, 7.7%  tetapi  masih pada tahap purata hasil 5 – 5.8 mton/ha.

     

    Punca utama kegagalan untuk mencapai peningkatan hasil terutamanya bagi kawasan Sabak Bernam Timur ialah masalah kelewatan bekalan air dan populasi padi angin yang sangat tinggi. Masalah padi angin dipengaruhi oleh bekalan benih yang dicemari, penyediaan tanah yang tidak sempurna dan bekalan air yang lewat.

     

    Beberapa langkah yang telah diberi perhatian untuk mengatasi masalah ini melalui kerjasama dengan JPS mengatasi masalah kelewatan bekalan air dan kerjasama dengan PPK untuk mengatasi masalah kelewatan bekalan baja. Untuk mengatasi masalah benih, Kerajaan Negeri juga membantu pesawah membeli benih padi dari sumber luar seperti Perak dan Kedah. Selain daripada ini, satu pasukan kerja ditubuhkan bagi memastikan penanaman mengikut jadual aktiviti penanaman padi yang disyorkan.

     

     

     

    1. Projek-projek Terbengkalai: Satu Jawatankuasa Projek Perumahan Terbengkalai telah ditubuhkan untuk membantu pemulihan projek-projek   Sebanyak  23 Projek atau 9179 Unit Projek Perumahan Terbengkalai telah disiapkan. 7 Projek atau 3887 Unit Projek Perumahan Terbengkalai telah dimulakan semula atau telah diambil alih oleh pemaju baru.

     

    1. Pemuliharaan Bandar: Sebanyak dua kawasan di Selangor telah dipilih  untuk projek pemuliharaan bandar, iaitu Petaling Jaya dan Ampang Jaya. Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan tersebut masing-masing dalam pelaksanaan projek tersebut. Di kawasan Ampang Jaya, beberapa projek dicadangkan untuk memulihkan kawasan. Projek River of Life Kerajaan Persekutuan, iaitu projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang akan membolehkan kawasan Ampang Jaya untuk bertambah mutu. Sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk squatter

    Di Petaling Jaya, terdapat beberapa projek tertentu yang akan memberi Petaling Jaya peluang untuk menjadi sebuah livable city. Walaupun projek-projek ini dikatakan besar dan melibatkan pembangunan tambahan, Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan bahawa pengangkutan, jalan raya dan traffic flow akan dipelihara. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama  dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengadakan sebuah Vision Plan Workshop untuk kawasan Seksyen 51, Seksyen 51a dan Seksyen 52. Ini adalah supaya proses perancangan untuk kawasan tersebut akan ada matlamat, hala tuju dan objektif.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.