Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

72) PAMPASAN PEMBELI ARMADA PUTRA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul No. 18 Tahun 2010 berkenaan ÓTuntutan Pampasan Pembeli Armada PutraÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Kerajaan Negeri melalui LPHS telah mengambil tindakan dengan memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli dengan membawa kes mereka ke mahkamah bagi menuntut Denda Penyerahan Lewat Rumah (LAD) daripada pemaju ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli. Memandangkan pemaju projek iaitu Tetuan Brisdale Holdings Berhad telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 November 2008 dan Mahkamah telah melantik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sebagai Pelikuidasi Syarikat. Berdasarkan maklumbalas MdI pada Disember 2010 memaklumkan liabiliti yang ditanggung oleh pemaju adalah melebihi aset seperti yang dinyatakan oleh bekas pengarah syarikat di dalam Penyata Hal Ehwal Syarikat. Oleh itu, sebarang tuntutan pembeli perlu dibuat kepada MdI, Cawangan Wilayah Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.