Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

13) PAMPASAN PENYAKIT POKOK PISANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada berjanji untuk memberikan pampasan kepada petani yang terjejas akibat serangan virus penyakit ÒmokoÓ yang menyebabkan kematian besar- besaran pokok tanaman pisang khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Apakah status pemberian pampasan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.16 juta bagi membantu penanam-penanam pisang di Negeri Selangor yang mengalami kerugian akibat serangan Penyakit Bantuan bukan dalam bentuk pampasan, tetapi kawasan-kawasan yang terjejas dibekalkan dengan racun untuk tujuan kawalan dan pemusnahan pokok-pokok pisang yang telah diserang. Kini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam usaha mengagihkan input-input tersebut kepada petani-petani yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.