Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

237) Pandemik COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi penularan wabak covid-19 yang telah meningkat secara mendadak di Selangor ketika ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif menjalankan saringan secara percuma oleh Selcare untuk pengembara yang pulang dari negeri berisiko dari 20-26 September 2020 bagi mengesan kes-kes yang positif untuk dimasukkan ke hospital bagi mencegah penularan covid-19 di Selangor. Penggunaan aplikasi SELangkah bersama MySejahtera (aplikasi KKM) bagi setiap pengunjung di premis-premis perniagaan untuk membantu mengenalpasti kontak-kontak kepada kepada kes-kes positif yang mengunjungi premis berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.